Mencintai
Satu naluri yang terindah yang pernah dikurniakan
Satu kata yang paling mudah untuk diungkap
Satu rasa yang paling sukar untuk ditafsirkan
Satu rahsia yang menyimpan sejuta rasa
Kata orang cinta itu buta.
Cinta tak pernah kenal siapa. Bila masa dia menyapa, tiada apa yang bisa menghalangnya. Mungkin kita mencintai seseorang kerana budinya, mungkin kita mencintai seseorang kerana rupanya, mungkin kita mencintai seseorang kerana hartanya atau mungkin kita mencintai seseorang kerana kitapun tidak tahu kenapa.
Kata orang cinta itu indah.
Bila cinta berputik, Dunia ibarat syurga. Syurga yang bakal menghiasi hidup kita, Cinta memang indah, kadang-kadang cinta itu bisa membuatkan kita terpegun, terpegun dek keindahan taman-taman cinta, keindahan yang bisa membuatkan kita terpesona apabila memandangnya. Apabila kita mencintai seseorang, hanya dia yang bertakhta dalam hati kita.
Kata orang cinta itu pedih
Namun, meniti titian percintaan bukanlah semudah yang disangka. Meniti titian yang penuh dengan onak duri, meniti titian yang penuh dengan dugaan. Dugaan yang bisa membuatkan kita menangis ketika menitinya. Dugaan yang bisa membuatkannkita terkulai layu jika tergelincir melaluinya.Bila kita mencintai seseorang, lautan apipun sanggup kita renang.
Namun, Bak kata orang, sehebat manapun manisnya mencintai, tak kan sehebat manisnya dicintai.
Dicintai
Sememanya indah
Tak mudah untuk dicintai
Tak mudah untuk menerimanya
Tak mudah untuk menolaknya
Tak mudah untuk merasakanya
Bila seseorang mengatakan dia cintakan kamu, lihatlah matanya, kerana disitu pintu hatinya. Memang mudah untuk melafazkan cinta, Bila seseorang melafazkan kata cinta, usahlah dikau mudah untuk mempercayainya kerana tidak semua yang mampu memahami erti sebenar sebuah percintaan.
Bila seseorang melafazkan kata cinta, Usahlah dikau terus terpesona kerana tidak semua cinta akan membawa kebahagian. Tidak semua cinta menjanjikan keindahan didalamnya.
Dicintai, sememangnya indah, namun cinta bukanlah satu kata yang hanya manis dibibir, tapi ia adalah satu naluri yang perlu disulami dengan kejujuran, dihiasi dengan kasih sayang dan disirami dengan titisan kesetiaan.
Dicintai sememangnya indah. Namun janganlah kita membalas cintanya jika kita tidak sanggup untuk memikul beban bersamanya, Jika kita tidak sanggup menangis bersamanya, Jika kita tidak sanggup sakit bersamanya.
Mencintai
Berputik bila cinta mula menyapa. Memerlukan pengertian yang amat mendalam. Fahamilah ia.
Dicintai
Hargailah ia kerana ia cuma datang sekali daripada seorang insan. Seorang insan yang bernama kekasih..
No comments:
Post a Comment